-->
skip to main | skip to sidebar

BMM 3105 : MAGERET LO

Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer

Halaman

  • Laman utama
  • Minggu 1
  • Minggu 2
  • Minggu 3
  • Minggu 4
  • Minggu 5
  • Minggu 6
  • Minggu 7
  • Minggu 8
  • Minggu 9
  • Minggu 10
  • Minggu 11
  • Minggu 12
  • Minggu 13
  • Minggu 14
  • Minggu 15

Minggu 4

Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
 Memilih bahan sastera
 Memilih bahan tatabahasa
 Memilih bahan bidang ilmu lain




Pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahan sastera


Bahan sastera yang dipilih :

Pantun Teka-Teki

Kalau Tuan pergi ke kedai,
   Belikan saya buah keranji;
Kalau tuan bijak pandai,
   Apa binatang keris di kaki?

Pokoknya bulat dan juga rendang,
   Masam dan hijau ketika muda;
Buahnya berbentuk seperti bintang,
   Sudah masak,kuninglah ia.

Ada sebiji roda pedati,
   Bentuknya bulat daripada besi;
Bila bermain diikat sekuat hati,
   Dilempar hidup dipegang mati?

Tuan puteri belajar menari,
   Tari diajar oleh Pak Harun;
Kalau Tuan bijak bestari,
   Apa yang naik tak pernah turun?

Budak-budak bermain batu,
   Batu dikira satu persatu;
Badannya lurus bermata satu,
   Ekornya tajam apakah itu?

Minah ketawa terjerit-jerit,
   Melihat koyak pada seluar;
Orang putih duduk sederet,
   Pagar didalam tebing diluar?

Bunga orkid indah warnanya,
   Penyeri taman dan juga hutan;
Ramai orang datang bertanya,
   Bintang apa hidup di lautan?
Pisau lipat dimainnya kera,
   Tangannya luka lalu terjun;
Makan kuat tidak terkira,
   Kenyangnya tidak tahi bertimbun?
                
Mak Minah menanak minyak,
   Kemenyan dibakar dengan setanggi;
Dua peha beranak banyak,
   Untuk mendaki tempat yang tinggi?
Burung nuri burung dara,
   Terbang ke sisi taman kayangan;
Cubalah teka wahai saudara,
   Semakin diisi makin ringan?


Sumber : http://www.ipuisi.com/teka

Papan cerita pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahan sastera yang dipilih:

Langkah
Tajuk
Penerangan
1
Berbalas pantun
Guru berpantun secara bersahaja dengan murid dan meminta murid membalas pantun tersebut. (pantun dua kerat).
2
Pengenalan pantun teka-teki
Guru memperkenalkan pantun teka-teki dalam bentuk 4 kerat.
3
Pembahagian kumpulan
Guru membuat sebuah pertandingan antara kumpulan. Murid dibentuk dalam dua kumpulan
4
Pertandingan pantun teka-teki
Setiap wakil kumpulan akan mencabut pantun teka-teki di dalam bekas yang telah disediakan untuk dijawab oleh ahli kumpulannya. Sekiranya ahli kumpulan dapat menjawab dengan betul,kumpulan tersebut akan mendapat markah. Kumpulan yang mendapat markah terkumpul yang tinggi akan memenangi pertandingan tersebut.
5
Mengenalpasti kata adjektif
Murid diminta menyenaraikan kata adjektif yang terdapat dalam pantun teka-teki tersebut.
6
Membina ayat
Menggunakan kata adjektif yang telah disenaraikan, murid diminta membina ayat.
 Kumpulan Sasaran : Murid Tahap 2


Pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahan tatabahasa

Bahan tatabahasa yang dipilih :
Penjodoh Bilangan
contoh
Baris
tulisan, ayat, pokok, bangku, rumah
Batang
tiang, paku, berus gigi, lilin, buluh, galah,
Bentuk
cincin, mata kail, subang
Bidang
tanah, sawah, ladang, tikar, layar, bendang, kebun
Biji
pisau, pedang, golok, parang, tombak, lembing,
Buah
negeri, banglo, pulau, radio, songkok
Buku
benang, sabun, roti
Butir
intan, peluru, telur, manik, beras, mutiara, berlian
Sumber : http://upsrbm.tripod.com/pb.htm

Papan cerita pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahan tatabahasa yang dipilih:

Langkah
Tajuk
Penerangan
1
Awal pengajaran dan pembelajaran
Guru menunjukkan beberapa objek yang terdapat di dalam kelas sebagai contoh untuk membuat ayat menggunakan penjodoh bilangan.
2
Pengenalan kepada penjodoh bilangan yang berawalan huruf 'b'.
Murid diberi edaran yang mengandungi senarai penjodoh bilangan yang menggunakan awalan 'b' berserta contoh.
Murid diminta menyatakan contoh lain selain yang terdapat dalam edaran.
3
Membuat ayat
Murid diberi beberapa penjodoh bilangan dan diminta membuat ayat.

 Kumpulan Sasaran : Murid Tahap 1 



Pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahan bidang ilmu lain

Bahan bidang ilmu lain yang dipilih : Bidang ilmu sains


Amalkan 3R di rumah
Kita perlu mengamalkan 3R (Reduce,Reuse, Recycle)di rumah agar kita dapat mengelakkan daripada membazir sumber-sumber di dunia. Kehilangan sumber-sumber pada akhirnya dipanggil “sumber-sumber terbatas”. Sebagai contoh, jumlah minyak adalah terhad dimana daripadanya kita boleh buat plastik dan bijih aluminium bagi membuat tin minuman. Dengan mengamalkan 3R kita dapat menjimat sumber-sumber terbatas pada masa hadapan di samping dapat mengurangkan jumlah pembaziran dengan tip-tip yang berikutnya.

Logo 3R

Reduce – Pengurangan
  1. Hanya beli apa yang diperlukan.Kurangkan pembelian yang tidak perlu. Jangan membeli barangan yang jarang digunakan. Beli barangan buatan tempatan.
  2. Beli produk yang boleh diguna semula. Beli barangan dalam botol (kaca) dan bateri boleh dicas semula.
  3. Beli pencuci serbaguna. Ini mengurangkan pembelian pelbagai jenis pencuci untuk setiap kegunaan.
  4. Beli barangan yang kurang bungkusan. Bungkusan yang kurang akan mengurangkan sampah yang dibuang. Sokonglah bungkusan kertas.
  5. Jual atau dermakan barangan (dalam keadaan baik) yang tidak digunakan. Jangan simpan, membuang atau membakar barangan yang tidak digunakan.
  6. Beli produk tidak bertoksik. Kebanyakan produk toksik seperti minyak enjin, pengilap, cat dan racun serangga tidak boleh diguna semula. Habiskan guna bahan-bahan toksik sebelum membuang bekasnya.
  7. Gunakan bahan alternatif untuk mengganti bahan berbahaya/toksik. Mencuci dengan menggunakan soda bercampur cuka dan minyak zaitun bersama lemon adalah pengilap perabut yang baik.
Reuse – Guna Semula
  1. Beg-beg boleh digunakan semula untuk membeli-belah dan menyimpan barangan di rumah.
  2. Sampul surat boleh digunakan semula dengan melekatkan alamat baru di atas alamat lama. Ia juga boleh digunakan sebagai kertas skrap.
  3. Bekas-bekas boleh digunakan untuk menyimpan barangan di rumah.
  4. Kertas dan kadbod boleh digunakan untuk melapik dan menyimpan barangan di rumah. Kertas yang telah digunakan boleh dijadikan kertas conteng. Jangan lupa kitar semula jika tidak boleh digunakan lagi.
  5. Baju-baju lama boleh dijadikan alas kusyen, alas meja atau kain perca.
  6. Kayu lama boleh dijadikan sebagai bahan kraftangan. Jangan membakar kayu-kayu ini. Pembakaran terbuka adalah salah di sisi undang-undang.
  7. Tayar lama boleh diberikan kepada kedai tayar untuk dikitar semula.
Recycle – Kitar Semula

1.Kitar semula di rumah:
Sentiasa melihat akan barang yang boleh dikitar semula. Asingkan bahan-bahan ini mengikut jenis. Gunakanlah tong-tong kitar semula yang terdapat untuk membuang bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Cuba mencari cara untuk kitar semula setiap bahan seperti kertas, plastik, loam dan kaca. Bahan-bahan lain seperti perabot, barangan elektronik, bahan pembinaan dan kenderaan juga boleh dikitar semula.Beli produk-produk yang menggunakan barangan kitar semula.

2.Mengitar semula di laman anda:
Mengitar semula barangan kebun dan menanam pokok boleh memperbaiki alam laman anda. Mengkompos, iaitu proses pereputan bahan-bahan boleh reput, dapat digunakan semula sebagai baja di laman. Ia adalah cara terbaik untuk mengurangkan sisa dapur. Mengitar semula rumput merupakan cara yang ringkas untuk mengembalikan zat-zat kepada tanah apabila rumput yang dipotong ini dibiarkan mereput.

3.Mengitar semula di sesebuah komuniti:
Pusat kitar semula: memberi ruang dan kemudahan kepada sesuatu komuniti untuk menghantar bahan-bahan bagi pengitaran semula. Sekolah dan perniagaan: boleh memainkan peranan yang penting. Kedua-duanya boleh menjadi tempat rujukan dan memberikan kesedaran tentang kitar semula.

4.Projek-projek komuniti: jalankan aktiviti-aktiviti untuk memperbaiki dan meningkatkan aktiviti- aktiviti mengitar semula.


Sumber : http://www.kkk.org.my/melayu/index.php/tips-penggunaan-lestari/alam-sekitar/60-amalan-3r-di-rumah.html

Papan cerita pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahan bidang ilmu lain yang dipilih:

Langkah
Tajuk
Penerangan
1
Gambar tong sampah 3R.
Guru memaparkan gambar tong sampah 3R yang terdapat di dalam kawasan sekolah. Murid ditanya tentang fungsi dan kepentingan tong sampah tersebut.
2
Membaca artikel 3R.
Murid membaca artikel "amalkan 3R dirumah" secara senyap. Kemudian membaca secara ramai dan secara individu.
3
Aktiviti kumpulan
Murid dibahagikan kepada 3-5 kumpulan dan diminta membuat peta minda berdasarkan artikel tersebut. Murid membentang hasil kerja kumpulan.
4
Membuat karangan
Berdasarkan isi-isi penting yang telah disenaraikan murid dalam peta minda, mereka dikehendaki membina sebuah karangan penuh yang bertajuk "Cara-cara mengamalkan 3R di rumah".
5
Rumusan
Guru merumuskan isi pelajaran dan menegaskan kepentingan mengamalkan 3R di rumah.
 Kumpulan Sasaran : Murid tahap 2
Laman utama
Langgan: Ulasan (Atom)

Tentang Saya

Foto Saya
MAGERET LO
Pelajar PISMP Bahasa Melayu 1111 di IPG Kampus Tun Abdul Razak.
Lihat profil lengkap saya

RAKAN-RAKAN


Hak Milik Mageret Lo. Dikuasakan oleh Blogger.

 
tutorial here [close]
MAGERET LO